Sunday 18 December 2011

'Teater Muzikal Alam' oleh krew-krew produksi 1 n 3 production dan Do Re Mi Production!!..!!

Tarikh 17 Disember 2011 merupakan hari pementasan Teater Muzikal Alam oleh krew-krew produksi 1 n 3 production dan Do Re Mi production di Dewan PJSD UPM. Teater Alam ini merupakan teater yang pertama kali di pentaskan dan memberikan kejayaan yang sangat besar. Kami mendapat pujian yang positif daripada ramai pihak. Kami dibimbing oleh Fassilitator yang berkaliber dalam bidang teater iaitu Khairul Amin dan Qadri Basri..

Ditugaskan menjadi Stage Manager pada hari pementasan bukanlah satu tugas yang mudah. Tapi Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan ramai penonton hadir sehinggakan kerusi tak cukup dan penonton terpaksa menonton dengan duduk di lantai.
Terharu dengan respon yang diberikan oleh pelajar-pelajar dan orang luar.

Teater Muzikal Alam ini juga memberikan beberapa pengajaran kepada penonton agar kita menjaga seluruh alam ini dengan tidak membuat kemusnahan dan sentiasa menjaga alam ini.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil pengajaran daripada Teater Alam..:) Di sini ada gambar yang merakam saat-saat manis bersama krew-krew produksi 1 n 3 production serta produksi Do Re Mi production!! :)





















No comments:

Post a Comment