Thursday 22 September 2011

Tom Yam 506 12.00 tengah malam..

Urm...bila cerita bab makan je mestilah semua orang suka makan kn. Macam tu jugalah Angah.hehehehe Salah satu hobi Angah masa lapang ialah MAKAN.  Sebab tu la Angah g.........K...hahaha

Ok la,terus kepada cerita tom yam l5 12.00 tengah malam ni. Petang semalam Angah dan kawan-kawan g Mines nak beli barang. Beli Multi Purpoce Cooker, Storage Box dan terutama sekali mestilah beli barang-barang basah untuk wat tom yam. kn..kn..kn...haha

Balik dr Mines je dlm area pkul 10 lebih. Banyak giler barang yang kiteorang beli. Sampai xcukup tangan di watnye. Hai, da macam nak dok lame pula kat sini.
 Sampai je kat blik, rehat-rehat dulu dan bila pukul 11..+++ je kawan Angah yang konon-kononnye ala-ala Chef terhebat memulakan sesi masak memasak.

Waaah....dapat bayangkan tidak macam mana la keadaan masak dalam bilik kat Kolej Serumpun..hahaha Hanya Tuhan je yang tahu kan. Tapi Angah dan kawan-kawan tidak ambil peduli tentang hal tu. Janji perut kenyang dan hati gembira.

Masak punyelah masak akhirnya siap juga dalam area pukul 12..+++. Waah....berjaya juga misi kami menyiapkan menu tengah malam yang vouge gittewww....terliur balik pula kalau tengok balik gambar-gambar yang kami da snap semalam. hahaha

Sebenarnya ada sebab lain jugak, saje je nak try Multi Purpoce Cooker yang baru beli tu. Sama ada power atau x..hahaha

 Yang tidak boleh tahan tu kami makan kat tepi koridor sebelah tangga sebab ruang dalam bilik tidak mengizinkan untuk kami makan beramai-ramai. Memang lawak..


                                              Inilah hasilnya.Meriahkan...hehe









     

Sembang Petang Bersama Angah :)

Petang ni angah tiada kelas. So, takde benda nak wat di kala petang-petang ni. Nak p jogging malas pula...Tapi niat nak kurus tu membuak-buak. alahai......apela nak jadi Angah oiii.....

Tiba-tiba teringin pulak angah  nak dengar lagu baru yang menjadi kegemaran angah kini. hahahahahahahahaha

Lagu tu sudah tentu jiwang la sebab Angah kn minat giler dengan lagu jiwang-jiwang ni...aceceh.....

Angah minat sangat kat lagu tu sebab melodi dan liriknya memberi makna mendalam pada Angah. Tapi tak tahula kalau orang lain pula yang dengar. Kan semua orang tak same jiwanye...hahahahaha

Untuk tu, Angah sertakan lagu ni untuk tatapan. Jom sama-sama kita hayati ....:)

Tajuk lagu ni 'Betapa Aku Mencintaimu' aka BAM. Unik kan tajuknye sebab sebijik mcm name panggilan Angah kt UPM...hahaha ni jugalah salah satu sebab kenapa Angah memang fanatik giler dengan lagu ni....





Jeng jeng jeng..............siapakah gerangan jejaka ini?? ;)



Monday 19 September 2011

DETIK TIGA PAGI

Hahaha.....bosannye msih belum dapat melenakan mata pd pkul 3pagi. Tringin pulak nak post something kt blog ni...then jeng3....hahahah

Detik tiga pagi
Masih belum lena
Nyanyian cengkerik
Menjadi penghibur
Di sisiku
Secangkir kopi
Menghalau
Ngantuk yang yang singgah
Di sisiku
Sepiring keropok lekor
Kehilangan rangup
Di telan gelap malam
Detik tiga pagi
Cengkerik terus berlagu
Aku masih lagi
Bertemankan
Pena resah merah.

Sunday 18 September 2011

PULANG

Angin pagi membisikkan
Sebuah rindu yang teramat
Untuk pulang ke tanah kelahiran
Seiring jalan menyambut bahagia
Bersama sanak saudara rakan taulan

Pulang ini hanya sementara
Melepas lelah melepas tugas
Rutin perjalananberakhir haluan
Bertukar ganti cerita ceria
Entah bila akan bersua
Kaum kerabat tercinta
Selagi hayat masih tersisa

Pulanglah bila bercuti
Pulang dengan tawakal
Pasrah ketentuan Ilahi!




Puisi ini memberi gambaran perasaan aku bila pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri..


Pulang sekejap je untuk bertemu sanak saudara dan sahabat handai. Gembira, pilu dan sedih bila terkenangkan saat-saat manis ketika itu. Ai..macam nk nangis pon ade...haha


Tapi raye tahun ni xmeriah sangat pada aku, sebab aku tidak dapat menyambutnya dengan sempurna kerana perlu bekerja...heheheheheh .


 Nak buat macam mana kn..gambar raye pon 1 je dapat aku post dlm ni......kesian kn....xpela....susah-susah dahulu, senang-senang di kemudian hari....bubye...

IKHLASKAH DIA?

Keikhlasan menuntut kejujuran
Keikhlasan mendesak ketelusan
Keikhlasan meminta keterbukaan
Keikhlasan meminta keredaan
Keikhlasan member dan bukan meminta
Keikhlasan setia, bukan bermuka-muka
Keikhlasan itu kepintaran, bukan tekanan
Keikhlasan itu pengorbanan, bukan habuan
Keikhlasan mencipta keadilan
Keikhlasan memugar kemesraan

Ikhlaskah dia?
Kalau setiap kata berlapis makna
Kalau setiap kerja bersandarkan harta
Kalau setiap janji dikhianati
Kalau masih meminta yang sudah ada
Kalau seinci diberi, diambil sedepa
Kalau berbudi mengharap balas
Kalau berkasih mengharap cinta

Ikhlaskah dia?
Di bumi kita dia bertakhta
Di negeri kita dia kaya
Di daerah kita dia berharta
Di rumah kita dia berkuasa
Di halam kita dia bergurau senda
Sedang kita lesu bahasa, lemah upaya
Ikhlaskah dia?