Sunday 25 December 2011

Kenangan Terindah Yang Tidak Boleh Dilupakan Bagi Semester 5.....:)

Kenangan terindah?? Semua orang pasti ada mempunyai kenangan terindah masing-masing dalam kehidupan. Termasuk jugalah aku. Aku berada di semester ke-5 tahun terakhir tahun ni. Semester ni jugalah aku mengambil satu subjek wajib major aku...Nak tahu?? Subjek Sastera Dalam Multimedia..Jangan fikir budak-budak yang ambil jurusan sastera ni tak belajar multimedia...Anda salah ok!!!! Kelas ni diadakan hari Khamis, dan pensyarah yang mengajarnya adalah pensyarah yang aku pernah ceritakan sedikit mengenainya di dalam post aku yang lepas...Cuba Cari....hehehehe

Korang jumpa tak??

Kalau nak tahu lebih lanjut, jom kita serbu ramai-ramai blog pensyarah Dr. Normaliza binti Abdul Rahim...hehehe mesti ada kalangan korang ni nak tahu sangat kan.....



Berbalik kepada kenangan terindah selama aku belajar kat kelas ni, memang tak nafikanlah kelas yang aku daftar ni adalah kelas yang berbeza daripada kelas yang lain. Kenangan manis dan pahit bercampur baur macam masak tom yam pun ada...hahaha Sebabnya kan pensyarah aku ni memang tegas masa dalam kelas. Kerja tiap-tiap minggu ada.... Tapi kerja dan tugasan yang diberikan lain sangat kalau nak bandingkan dengan pensyarah yang lain. Selalukan assigment dalam bentuk typing je memanjang...Kelas ni lain tau...Lebih menjurus kepada praktikal. Daripada aku jadi tak tahu dan tak pernah terfikir akan buat, boleh dipelajari dalam kelas ni...Contohnya Adobe Photoshop, buat kalendar 2012 yang aku post hari tu, cantikkan??.....Picasa, edit-edit gambar.....Buat Blog dan Website sendiri.... buat E-majalah pasal skirt.....kami lukis sendiri pakai tangan tau..tak main photostat-photostat ni.. lepas tu main warna-warna..da macam kembali ke zaman budak sekolah semula......hahaha sooo sweet ok.. , asas grafik seperti mudah, warna, keseimbangan, kesesuaian, audio dan teks, ambil gambar-gambar curi dekat Fakulti Kejuruteraan, gambar-gambar simpulan bahasa. gambar-gambar mood, buat iklan macam ada kat tepi-tepi highway tu... dan paling syok sekali bila belajar pakai Movie Maker untuk edit video klip yang aku da tayangkan kat korang....Semua video klip kumpulan aku dan kumpulan lain pun aku suka....Semua ada kreativiti masing-masing dan kita orang memang suka bersaing antara sesama kumpulan. Padahal tak ada cakap pun nak bersaing. Tapi kita orang jadikannya sebagai satu persaingan yang sihat ketika menuntut ilmu.....hehe tu semua hasil berkat aku belajar dari kelas Sastera Dalam Multimedia ni la....

Macam-macam perkara berlaku sepanjang perjalanan di dalam kelas ni. Haha yang kelakarnya masa nak buat video la..Mula-mula tu memang kena buat perancangan secara rinci jalan cerita yang kita nak buat. Lepas tu kalau video yang perlukan aspek tarian misalnya video one shoot, apalagi kena cari idea tarian la...hahaha Kalau video pasal dokumentari pula, kena cari tempat-tempat yang tercemar. Kadang-kadang ada juga member kelas lain dok pelik tengok kita orang. Mana taknya, kadang-kadang tu sampai masuk 3, 4 hari dok nak buat satu video klip terutama untuk tarian..Memang lucu... Tapi dia orang tak tahu yang kerja yang kita orang buat ni sedikit sebanyak mendisiplinkan dan memberi keseronokkan pada diri kita. Nak kate release tensen pon ye gak...Orang muda zaman sekarang cepat betul stress...pelik la...haha

Menuju Puncak Production?? apa ada dengan nama ni?? Ni la nama kumpulan aka produksi kita orang. Sinonim dengan nama Menuju Puncak, segala video klip dan tugasan yang diberikan dapat kami laksanakan dengan sukses pada tepat masanya. Tapi macam-macam dugaan dan cabaran juga terpaksa ditempuhi. Macam ada peribahasa cakap, Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri....aik, suami isteri??..betul ke tak aku ni bagi peribahasa...??  Walaupun macam tu, kami tetap bersatu sebagai kumpulan dan laksanakan segala tugasan dengan baik. Aku sayang kawan-kawan aku...Harap korang maafkan lah segala salah silap kalau ada terkasar bahasa atau ada yang membuat korang terasa hati ke...Aku cuma inginkan yang terbaik untuk kumpulan dan tak berniat apa-apa pun..Korang tetap kawan aku sampai bila-bila. Chilllll!!!

Baiklah, secara keseluruhannya...kelas Dr. Normaliza, Sastera Dalam Multimedia banyak memberikan aku input yang berguna untuk aku praktikkan pada masa akan datang. Berbaloi dan tak menyesal aku ambil subjek ni. Pada kawan-kawan aku terutama yang sama minor dengan aku tu, tahun depan cepat-cepatla mohon supaya dapat daftar masuk kelas Dr. Normaliza. Tak rugi tau macam Dr. cakap masa dalam kelas Seni Lakon hari tu...Banyak-banyak kelas pun, kelas ni juga la yang memang aku tak akan lupakan lepas ni.Ilmu yang diberikan pada aku akan aku praktikkan dengan sebaiknya. Akhir sekali, terima kasih yang tak terhingga kepada Dr. Normaliza binti Abdul Rahim yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan melayan kerenah kami yang berperangai seperti kanaks...

Mari kita imbas kembali nostalgia Menuju Puncak Production bersama Dr. Normaliza selama satu semester:



SENYUM!!!!  So sweet...Bukan senang nak tengok Dr. Normaliza senyum masa dalam kelas...hehehe

 Gambar sebelum masuk kelas Sastera Dalam Multimedia yang pertama kalinya...:)


 Telefon klasik zaman dulu-dulu....


Bincang-bincang dulu baru jalankan agenda seterusnya....


 Persahabatan tetap persahabatan walaupun berpisah..;)


Haaaa.....jom skodeng, Menuju Puncak Production...haha


 Sangat merindui akan saat-saat ni...


 Candid time!!! Kawan-kawanku dengan mimik muka masing-masing...

 Candid again!!


Ni aksi je ....tapi macam real kan...


Baiklah.....Peace dari aku...Selamat Tinggal..ada masa kita berjumpa lagi...;)

Saturday 24 December 2011

Petua Baik.......

Aku nak kongsikan satu petua ni...Petua ni da lame aku amalkan...Da berapa tahun ntah, aku pun lupa...
Petua ni baik tau untuk menjaga kecantikan..hahahahaha

Petuanya............

Cuci muka pakai ubat gigi kalau korang nak ilangkan sisik-sisik atau noda kat muka...
First.....sapu ubat gigi kat seluruh muka...jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat...
Cukup-cukup je untuk seluruh muka dan sampai muka kita rasa mint-mint...
Second, barulah kita pkai sabun atau pencuci muka, tapi pastikan jangan bilas muka dulu lepas pakai ubat gigi tu...biar je pencuci muka tu bercampur dengan buih pencuci muka kita tu...
Lepas da gosok-gosok muka kita dengan sabun atau pencuci muka, barulah bilasnya dengan air bersih...

Kesannya, kita akan rasa segar kat muka, malahan sisik-sisik yang ada kat muka pun hilang...

Selamat Mencuba!!!

Wednesday 21 December 2011

Akhirnya.....!!!

Nak tahu apa yang akhirnya??

Hari tu tak silap, aku ada janji kot nak post satu lagi video daripada Menuju Puncak Production...Kini, tibalah masanya aku publishkan kat dalam ni...hehehe

Walaupun penat, tapi berbaloi tau..Aku dapat belajar sesuatu yang memang aku tak pernah tahu dan buat sebelum ni. Lepas ni boleh la aku masukkan video klip aku yang seterusnya. Ok la, berbalik pada video yang akan aku publish, video ni bagus sangat sebab dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.

Video yang aku buat kali ni adalah berkaitan dengan video dokumentari perihal isu pencemaran alam sekitar. Kumpulan aku mengambil keputusan untuk mengetengahkan isu sampah yang memang pembawa besar kepada pencemaran alam sekitar.

Sampah Oh Sampah..........(macam la dia boleh nyahut aku..) apela.....toink3..

Jom kita saksikan video dokumentari daripada Menuju Puncak Production:



Alamak....keluar gambar si zul ni pula....hehe...ni la tetamu khas kami...:)


Puas!!

Tuesday 20 December 2011

Tik Tok Tik Tok.......

Tik Tok Tik Tok........jam da menunjukkan pukul 1.11am...Tapi aku masih lagi belum boleh melenakan diri di atas katil bujangku yang empuk (tilam vono) .... Banyak lagi perkara yang perlu aku selesaikan untuk minggu ni...Aku pasti dan yakin aku boleh bereskan segala-galanya dengan baik...Yeahhhh!!

Good Luck For Me!!!

ehehe...saje je tu bagi semangat kat diri sendiri.. (padahal nak cover ngantuk supaya tak tidur...)

heh*******

Monday 19 December 2011

Tugasan Weebly Ku.......:)

Syukur kepada Allah sebab aku selesai menyiapkan satu tugasan yang baru. Membuat website sendiri yang sebelum ni memang tak pernah terfikir pun nak buat. Tapi diberi kesempatan untuk belajar dan membuatnya sendiri. Terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Hidayati binti Ismail selaku tutor yang selalu memberi tunjuk ajar tanpa jemu kepada kami semasa kelas amali.

Website WadahSastera ini berguna sebagai pemberi maklumat tambahan kepada semua orang..Haaaaa.....ni la Website yang berjaya dihasilkan:

Jemput-jemputla lawat Website saya...:)

http://wadahsastera.weebly.com/

Angan-angan Mat Jenin!!!!

Cerita kali nie yang aku nak kongsikan ialah tentang angan-angan yang memang da lame aku impikan, Angan-angan aku ni agak besarla juga. Tapi untuk umur aku sekarang ni memang da patut sikit, sikit je tapi....
Tak boleh banyak sangat. Nanti pelik pula....Kalau untuk mak aku, da memang haruslaaaaaaa gittewww.....Ni hanya untuk suka-suka dan cuma untuk perancangan awal aku je dulu kot. Entah dapat ke tak, InsyaAllah dapat kot..doa-doakan la k...


Mesti nak tahu apa dia kan...Jom kita tengok!! hehehehehe












Da tahu kan...hahahaha...memang tinggi betul angan-angan aku ni laa....Gambar-gambar ni semua aku ambil sendiri masa pergi ukur jalan kat Mines. Banyak lagi yang cantik tau....

Aku suka tengok tempat-tempat macam ni...cantik sangat!!

Welcome 2012!!!!!!!!

Yeah....... beberapa hari je lagi kita akan masuk tahun baru, 2012.......Tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dan segala azam tahun ni mesti da tercapai....tp tercapai ke?????? aku kena fikir-fikir balik ni...hahahahaha

Tapi sebelum nak ke tahun baru 2012 ni, nampaknya aku kena fkirkan azam baru semula yang rasa-rasa tahun ni tak tercapai, kena capaikan pada tahun depan.....Agaknya apa ye azam baru aku tahun depan?? Kawen??yihaaa......salah!!!! Banyak benda lain lagi yang perlu aku kejar untuk kejayaan aku. Lagi pun perjuangan aku masih belum selesai lagi...hahaha

Semester ni aku da belajar buat kalendar pakai Adobe Photoshop yang mula-mula aku cuma kenal nama je tp function dia aku tahu pula apa...haha Jadi, aku bertuah la kan dapat belajar buat kalendar bagi tahun 2012...
Waaaah...agak lain sikitla tahun ni sebab aku ready kn kalendar. Semangat terlebih pun ada.... Kalau sebelum ni, tunggu mak dan ayah aku je yang p beli kat kedai...Kalau tak, haram aku nak ada kalendar baru.........

Ni la kalendar yang berjaya aku hasilkan.....Ce komen sikit....!!!




















Sunday 18 December 2011

Ampunkan Kami!!!!!!!!!!!!! "Dari Pelajar Seni Lakon"

Ampunkan kami!!!


Mesti korang pelik kan kenapa nak minta maaf?? Jeng-jeng jeng......ni sebabnya kami dari kelas Seni Lakon di bawah Dr. Normaliza binti Abd. Rahim telah melakukan kesilapan yang besar...

Nak tahu apa kesilapan besar kami???


Kami semua balik awal daripada masa yang sepatutnya kami balik. Kelas sepatutnya pukul 10.00 pagi sampai 12.00 tengah hari. Tapi kami semua balik awal deh kira-kira pukul 11.20 pagi..... Dr. Normaliza pada hari itu tak dapat datang kelas sebab menghantar anaknya, Widad pergi Interview di Uitm....

Jadi, Dr. Normaliza memberi kepercayaan kepada kita orang. Tapi kami balik awal pada masa yang tak sepatutnya kami balik. Dr. Normaliza balik sportchek kita orang dan tengok Dewan Zaa'ba  tak ada orang.....

Dengan kesilapan yang kami lakukan, kita orang plan nak wat satu video klip khas untuk Dr. Normaliza sebagai tanda maaf yang ikhlas dari kita orang...

                                                         
Ampunkan Kami Dr. Normaliza...:(
       
 Jom saksikan video klip kami............



Akhirnya Dr. Normaliza pun menerima maaf dari kita orang.....Terima kasih Dr. hehehehehe

Video Klip "Menuju PunCak Production" !!!

Kami daripada kelas Sastera Dalam Multimedia ditugaskan untuk menyiapkan beberapa video klip. Video klip yang dihasilkan memerlukan kerjasama, pengorbanan dan keikhlasan yag cukup kuat dalam setiap kalangan ahli kumpulan. Sinonim dengan nama Menuju Puncak, akhirnya kami berjaya menghasilkan ke semua video klip yang ditugaskan.

Mari kita lihat ke semua video klip yang dihasilkan...:

                                                                  Selamat Menonton!!!

                                                      
Ini adalah Video klip pertama kami..:)


Video klip ke-2 yang membawa jalan cerita "SERAM'!!


Ini video klip one shoot...;)


Ini juga video klip one shoot tapi tak boleh nampak muka..;)


Ini adalah video mengenai satu isu.....:)



Ada lagi 1 video klip yang akan ditunjukkan...Kalau nak tahu kena la tunggu ok!!
                                                     
                                                                         ENJOY!!




Congratulation To My Lovely Sister...:)

Tahniah!!!!!!! Ni la secebis ucapan yang dapat diberikan oleh seorang adik kepada akak yang disayanginya atas kejayaannya menamatkan pelajaran di dalam bidang Mekatronik di ILJTM. Hari konvokesyennya yang diadakan di PICC Putrajaya memudahkan aku untuk pergi memberikan sokongan dan meraikan hari bermakna kepadanya.

Yang bertambah seronoknya pada aku hari tu ialah sebab mak, ayah dan adik aku datang bersama-sama untuk memberikan sokongan dan meraikan hari yang bermakna buat akak aku. Bukan apa, rindu aku terubat selepas kami sekeluarga berkumpul dan menhabiskan masa bersama-sama. Yela kan, aku sememangnya yang belajar di Selangor bukan dapat pulang selalu ke Johor. Jarang-jarang je pulang tu pun kalau masa cuti semester.

Jadi, bila dapat kesempatan yang baik ni, kami sekeluarga sempat berjalan-jalan dan makan-makan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur. Aku yang sememangnya merindui mereka memanfaatkan masa yang secukupnya dengan menceritakan kisah yang aku ingin kongsi bersama mereka.

Alhamdulillah, dengan hari yang bermakna buat akak aku, hari itu jugalah aku dan sekeluarga dapat sama-sama berkumpul untuk menghabiskan masa bersama-sama dan melepaskan rindu..

i love u mom n dad..!!
i love my family!!

Gambar-gambar keriangan kami...:)