Sunday 8 January 2012

Santai....Jom Layan!!

Selesai sudah 4 exam bertulis yang perlu aku harungi untuk semester ini. Jadinya sekarang aku hanya tinggal 2 lagi exam berbentuk praktikal iaitu Seni Lakon dan Lakonan dan Improvisasi 1. Agak mencabar juga sebab untuk subjek Lakonan dan Improvisasi 1, examnya kena bermonolog..ohhh my God!!! Aku ni da la tak biasa nak bermonolog sorang-sorang. Kalau berlakon ramai-ramai tu aku boleh, tapi kalau bermonolog sorang-sorang aku memang surrender habis-habis.....Mana tak nya, semua orang nanti akan dok lihat aku sorang je kat stage...Arghhhhh malunya aku......Cet! Budget artis pula aku ni...hahahahaha


Semalam lepas aku pergi beli makanan tengah hari dengan Senorita Bien Venidos, kami bercadang la tok berkelah kat Bukit Ekspo.. Menikmati keindahan alam dan ambil angin...Bukan apa, lepas musim tengkujuh melabuhkan tirainya, aku rasa Serdang aka Upm ni macam panas semacam je...Panasnya lain dari yang lain pula tu...So, apa kata kita p nikmati keindahan Bukit Ekspo Upm. Menarik gak tau, kalau nak jadikan tempat bersantai tu memang sesuai. Lebih-lebih lagi bagi yang nak study tu.. Ramai juga yang datang situ untuk study.

Kami makan dulu, kemudian baru menghirup udara segar kat situ. Siap panjat pokok lagi. Tu yang tak boleh tahan..Hahahaha Tapi memang syok la..Dapat menjerit untuk hilangkan stress dalam kepala. Kemudian tu p main baling-baling batu dalam tasik...Tasik ke Kolam aku pun tak pasti...haha

Kalau sape yang tertarik tu, jom la p..Roger je aku dan Senorita Bien Venidos..kikiki Conpem tros pergi..Yihha.....

 Senorita Bien Venidos....:)

 Panjat Jom!!! kikiki

 Sambil panjat minum air....





 Orang Malaysia nehhh!!

Tasik ke kolam ni erkk??

Monday 2 January 2012

Dup Dap Dup Dap..........

Berdebar-debar jantung aku...





Hal ini disebabkan ............................


Esok aku da mula exam..
Mari check jadual periksa aku....................



3/1/2012- BBX 3104  (Teater Asia Moden)
4/1/2012- BBK 3408 (Sastera Dalam Multimedia)
5/1/2012- BBK 3406 (Penulisan Drama dan Puisi)
6/1/2012- BBK 3409 (Kaedah Penyelidikan Sastera Melayu)
14/1/2012- BBX 3407 (Seni Lakon)
15/1/2012- BBX 3411 (Lakonan dan Improvisasi 1)


Killer juga paper yang aku kena ambil kali ni. Walaupun ada dua exam yang menggunakan praktikal. Tapi tetap memberi cabaran kepada aku. Aku da berjanji pada diri aku, walau susah mana pun, aku mesti cuba dan buat sehingga berhasil. Aku tak nak kecewakan keluargaku...


Aku berdoa agar aku dapat berjaya membuatnya dengan baik dan mudah.
Ya Allah, berikanlah kemudahan dan kejayaan kepada ku...

Amin.....



Semoga Berjaya Nurhayati Diyana binti Musa...:)
Buenas Suerte!!!

Tahun Baru 2012!!!

Lama juga aku tak update benda baru dalam ni. Sampai da masuk tahun baru 2012 da pun. Sebelum nak masuk tahun baru ni, aku pulang ke Johor bersama adik aku. Nak mengubat rindu yang terbuku sekian lama di dalam hati..hehehe dan tahun baru kali ini aku sambut dengan keluargaku tercinta di Johor. Meriah dan gembira sangat. Pergi makan-makan, berbual-bual dan ketawa sampai tak ingat dunia. Rasa segala stress dan masalah aku hilang sebentar bila dapat meluangkan masa dengan keluarga.

Malam tahun baru tu, aku sekeluarga decide nak pergi makan besar kat satu restoran seafood yang agak popular di sekitar kawasan Pontian, Johor. Kalau siapa-siapa yang pernah pergi atau dengar mungkin tahu kot. Nama restoran tu 'MANDELLA SEAFOOD' . Da nama pon ada seafood memang kompom la makanan laut..Ye tak. Tapi yang lainnya kat restoran ni, walaupun kedudukannya yang agak terpencil jauh di kawasan pedalaman kampung, orang tetap ramai mengunjungi restoran ni. Agak 4 kilometer dari jalan besar aka jalan raya.  kalau korang pergi mesti korang tak caya punya....Sebab punyala jauh nak cari. Tapi yang da biasa pergi tu mungkin da tak kisah kot... hahaha macam aku...Ceh!

Sampai je, da memang ramai yang datang awal daripada aku. Semua dengan bekeluarga besar dan tentulah makan pun besar. Tak adalah yang datang sorang dua orang, kebanyakkannya bawak satu gerombolan semata-mata nak makan kat situ. Makanan yang di pesan pun bukanlah goreng-goreng biasa, tapi makan nasi putih serta berlauk seafood. Samalah juga macam family aku. Buat apa nak makan makanan goreng-goreng biasa sampai jalan jauh pergi Mandella yang terpelosok dalam tu...ye tak..

Aku sekeluarga menghabiskan masa bersama-sama dan bergelak ketawa sepanjang malam tu. Macam-macam la dibualkan. Dari rumah sampai ke mana-mana lah tak kan habis punya benda yang nak dibualkan. Ada-ada je benda yang nak dicakapkan. Aku sayang sangat keluargaku...:)

Jom tengok!!


 Selera warisan dunia...


Ikan Siakap 3 rasa..Nyummy3...

 Ayahku!!

 Ude!!


Menu menjadi pilihan: Tomyam udang campur, sotong goreng tepung, sayur kailan ikan masin, ikan siakap 3 rasa, daging masak merah dan telur dadar. Air, Tembikai laici...:)


Tangan siapa la tu...hehe

 Jom makan!!

Berselera nampak..

Ada kekurangan dalam gambar ni.. Emak, aku dan adik aku yang terakhir tak sempat nak capture. Dok seronok makan..Sampai lupa diri sendiri tak ada gambar. Tapi tak apa, ada masa lagi aku update gambar emak dan adik aku tu k..:) Sorry ye....