Sunday 18 December 2011

Congratulation To My Lovely Sister...:)

Tahniah!!!!!!! Ni la secebis ucapan yang dapat diberikan oleh seorang adik kepada akak yang disayanginya atas kejayaannya menamatkan pelajaran di dalam bidang Mekatronik di ILJTM. Hari konvokesyennya yang diadakan di PICC Putrajaya memudahkan aku untuk pergi memberikan sokongan dan meraikan hari bermakna kepadanya.

Yang bertambah seronoknya pada aku hari tu ialah sebab mak, ayah dan adik aku datang bersama-sama untuk memberikan sokongan dan meraikan hari yang bermakna buat akak aku. Bukan apa, rindu aku terubat selepas kami sekeluarga berkumpul dan menhabiskan masa bersama-sama. Yela kan, aku sememangnya yang belajar di Selangor bukan dapat pulang selalu ke Johor. Jarang-jarang je pulang tu pun kalau masa cuti semester.

Jadi, bila dapat kesempatan yang baik ni, kami sekeluarga sempat berjalan-jalan dan makan-makan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur. Aku yang sememangnya merindui mereka memanfaatkan masa yang secukupnya dengan menceritakan kisah yang aku ingin kongsi bersama mereka.

Alhamdulillah, dengan hari yang bermakna buat akak aku, hari itu jugalah aku dan sekeluarga dapat sama-sama berkumpul untuk menghabiskan masa bersama-sama dan melepaskan rindu..

i love u mom n dad..!!
i love my family!!

Gambar-gambar keriangan kami...:)


































No comments:

Post a Comment