Sunday 8 January 2012

Santai....Jom Layan!!

Selesai sudah 4 exam bertulis yang perlu aku harungi untuk semester ini. Jadinya sekarang aku hanya tinggal 2 lagi exam berbentuk praktikal iaitu Seni Lakon dan Lakonan dan Improvisasi 1. Agak mencabar juga sebab untuk subjek Lakonan dan Improvisasi 1, examnya kena bermonolog..ohhh my God!!! Aku ni da la tak biasa nak bermonolog sorang-sorang. Kalau berlakon ramai-ramai tu aku boleh, tapi kalau bermonolog sorang-sorang aku memang surrender habis-habis.....Mana tak nya, semua orang nanti akan dok lihat aku sorang je kat stage...Arghhhhh malunya aku......Cet! Budget artis pula aku ni...hahahahaha


Semalam lepas aku pergi beli makanan tengah hari dengan Senorita Bien Venidos, kami bercadang la tok berkelah kat Bukit Ekspo.. Menikmati keindahan alam dan ambil angin...Bukan apa, lepas musim tengkujuh melabuhkan tirainya, aku rasa Serdang aka Upm ni macam panas semacam je...Panasnya lain dari yang lain pula tu...So, apa kata kita p nikmati keindahan Bukit Ekspo Upm. Menarik gak tau, kalau nak jadikan tempat bersantai tu memang sesuai. Lebih-lebih lagi bagi yang nak study tu.. Ramai juga yang datang situ untuk study.

Kami makan dulu, kemudian baru menghirup udara segar kat situ. Siap panjat pokok lagi. Tu yang tak boleh tahan..Hahahaha Tapi memang syok la..Dapat menjerit untuk hilangkan stress dalam kepala. Kemudian tu p main baling-baling batu dalam tasik...Tasik ke Kolam aku pun tak pasti...haha

Kalau sape yang tertarik tu, jom la p..Roger je aku dan Senorita Bien Venidos..kikiki Conpem tros pergi..Yihha.....

 Senorita Bien Venidos....:)

 Panjat Jom!!! kikiki

 Sambil panjat minum air....





 Orang Malaysia nehhh!!

Tasik ke kolam ni erkk??

No comments:

Post a Comment